Thursday 20 December 2012

Legoland Malaysia: Pertama di Asia dan ke-6 di Dunia!




Legoland Malaysia Johor yang bertaraf antarabangsa adalah Legoland Park ke-6 di dunia, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka di dunia.




Legoland Malaysia merupakan salah satu tarikan di Iskandar Malaysia selain Johor Premium Outlet, Hello Kitty Town dan Puteri Harbour Family Theme Park.


Taman Tema Legoland Malaysia adalah pusat tarikan Medini Lifestyle, hub gaya hidup dan hiburan di Medini Iskandar Malaysia yang turut termasuk pusat membeli-belah, pembangunan komersil dan bangunan pejabat.


Sebanyak 15,000 struktur model dibuat daripada kira-kira 30 juta keping Lego dan lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan interaktif akan menjadi ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia (Legoland Malaysia Theme Park).




Terdapat 7 pembahagian taman tema yang berasingan mengikut kesesuaian umur iaitu:
  1. Lego Beginner
  2. Lego Kingdom
  3. Lego Technic
  4. Lego City
  5. Lego Imagination
  6. Lego Adventure
  7. Lego Miniland






Harga Tiket Legoland Malaysia


  • Dewasa : RM140
  • Kanak-kanak/Warga Emas RM140
  • Pas Tahunan: RM275 (Dewasa) / RM210 (Kanak-kanak & Warga Emas)*




Alamat Legoland 

Mail Box
LL Malaysia Taman Tema Sdn Bhd

7 Jalan LEGOLAND
Bandar Medini Iskandar Malaysia
79250, Nusajaya,

Johor Darul Takzim.

Service Tel.:
07 597 8888(Mon - Sun, 8.30am 5.30pm)     
                
Service Fax.:  +607 597 8804




Maklumat lanjut, sila layari website ini

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...