Thursday 6 December 2012

Percutian Ke Korea (Siri Kedua)


GUNUNG SORAK
Didominasi oleh rantaian gunung dan lembah yang indah, sungai jernih, hijau dan hutan yang menawarkan aktiviti luar seperti mendaki dan menjelajah. Pasar ikan Daepohang merupakan pasar basah yang mempunyai pelbagai makanan laut.





KAMPUNG ABAI adalah kampong Cheongho-dong yang kini menjadi tempat asal bagi kebanyakan orang keturunan Korea Utara. Kawasan ini menjadi sangat popular selepas Drama Korea ‘Gaeul Donghwa’ (Autumn in My Heart) difilemkan di sini.





LOTTE WORLD
Merupakan taman tema terbesar dengan kehadiran pengunjung setahun seramai 6 juta orang. Bayaran masuk sebanyak 25,000 won bagi dewasa, remaja 22,000 won dan kanak2 19,000 won.

Lotte World Big 5 “Stairways to Heaven” difilemkan di sini. Ia terdiri daripada Kembara Dunia Lotte, taman tema dalaman, Dunia Magika, Taman Hiburan bersebelahan tasik.

Dongdaemun adalah salah satu bazaar membeli-belah di Seoul. Kebanyakan produk tempatan boleh ditemui di sini.

Kimchi merupakan makanan yang paling terkenal di Korea dan disajikan di hampir setiap kali santapan. Walaupunrasanya pedas, kebanyakan orang akan cuba memakannya. Kebanyakan pelancong akan merindui kimchi apabila mereka pulang ke negara asal mereka.

Pertunjukan Nanta merupakan persembahan bukan lisan yang menyatupadukan tradisional Korea ”Samulnori" irama dengan muzik dan drama.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...