Tuesday 13 June 2017

TANDA-TANDA MALAM LAILATUL QADAR.

Di bulan Ramadhan terdapat satu malam yang istimewa yang dipanggil malam Lailatul Qadar di mana disebutkan dalam Al-Quran sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan (Al-Qadr : 2).

Sebagai manusia biasa, sesungguhnya tiada yang mengetahui bilakah akan terjadi malam Lailatul Qadar itu melainkan Allah SWT, namun para ilmuan dan ulama ada memberikan beberapa tanda – tanda berlakunya malam Lailatul Qadar yang pastinya ditunggu oleh Umat Islam di seluruh dunia.

Tanda - Tanda Malam Lailatul Qadar
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya.

Tanda – Tanda Malam Lailatul Qadar
Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam juga berkongsi mengenai tanda-tanda Lailatul Qadar, Tanda-tanda Lailatul Qadar ada tanda dalaman pada diri dan juga tanda luaran.

Tanda dalaman

1) Hati akan merasa sangat hiba pada malam tersebut
2) Air mata mudah mengalir deras lebih daripada biasa
3) Jantung berdebar lebih daripada biasa
4) Badan menggeletar lebih daripasa biasa

Tanda luaran

1) Jika musim tersebut musim dingin, malam tersebut tidak terlalu dingin
2) Jika malam tersebut angin bertiup, maka angin yang bertiup tidak terlalu kencang
3) Jika malam tersebut hujan, hujan turun tidak terlalu lebat
4) Tidak kedengaran bunyi anjing menyalak pada malam tersebut

Tanda selepas (keesokan hari nya)

1) Pagi hari matahari akan terbit muram sedikit, tidak secerah biasa, cahayanya seperti keadaan malam sedikit

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Masa Berlakunya Malam Lailatul Qadar

Pendapat kuat mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW.

Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain” ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil. Seperti dalam hadis berikut.

Tanda - Tanda Malam Lailatul Qadar
” Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahu a’lam

Copypaste
Pusatkutipanzakatpahang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...