Saturday 10 June 2017

UJIAN DARI ALLAH

Sy nk share ilmu yg sy dpt dpd ustaz ms kuliah Subuh pagi td di Surau Jauharul Muttaqin, Taman Mutiara Rini:

1. Setiap ujian yg Allah datangkan kpd kita spt sakit, ditindas, dizalimi, kesulitan, kemiskinan dan lain telah hadir bersamanya Hikmah.

Ustaz memberi contoh, jika jene gout atau dialisis, hikmahnya Allah menyuruh ke masjid atau duduk dirumah untuk perbanyakkan lakukan ibadat (hikmah sakit Allah halang _panjang kaki_ sehingga lupa nk beribadat di rumah Allah atau tidak solat). Bgtu juga bagi yg kene kencing manis dan sentiasa terjaga malam, hikmahnya Allah mudahkan bangun malam utk bertahajud kepadanya (semasa sihat, sangat sukar bangun mlm utk beribadat).

2. Setiap ujian itu ada 'hikmah' daripada Allah, tetapi Allah sembunyikan dpd kita manusia tentang besarnya 'hikmah' itu supaya kita redha & bersabar. Ada hadith mengatakan bahawa hikmah itu adalah janji syurga.

3. Andai Allah bukakan ijab kita manusia biasa utk melihat 'hikmah' yg Allah janjikan itu, nescaya semua manusia dlm dunia ini akan berebut2 meminta kpd Allah supaya berikan semua ujian & kesakitan itu kpd mereka sbb mereka nmpak 'hikmah' itu dan janji Syuga dpd Allah. Tapi Allah sembunyikan semua itu dpd pengetahuan manusia supaya manusia bersabar.

Image result for ujian allah

"Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:


1.lidah yang sentiasa berzikir

2.hati yang sentiasa khusyuk

3.jasad yang sabar menanggung ujian"

Ustaz td juga ada menyebut, bagi org yg bersabar atau ditimpa musibah, berbalik kpd Allah. Oleh sebab itu, sampailah wahyu Allah kepada Nabi spt yg disebut dlm al-Quran:
"Innalillahi wa-inna hi-ro-ji-uun" 

_(Kepada Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali)_
Oleh yang demikian, andainya kita ditimpa ujian atau musibah, segera kembali sujud kepada Allah dgn beristghfar (bertaubat), berzikir & mperbanyakkan amalan sunat (Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tasbih & Solat Sunat Tahajjud dll). Mudah2an Allah berikan janji syurga kepada kita.


Wallahualam...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...