Wednesday, 23 July 2025

AMALAN MENJELANG MALAM

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

AMALAN MENJELANG MALAM

عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
إِذَا اسْتَجْنَحَ اللَّيْلُ أَوْ قَالَ جُنْحُ اللَّيْلِ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ الْعِشَاءِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقْ بَابَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ، وَأَطْفِئْ مِصْبَاحَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ، وَأَوْكِ سِقَاءَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ، وَخَمِّرْ إِنَاءَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ تَعْرُضُ عَلَيْهِ شَيْئًا

Daripada Jabir RA, daripada Nabi SAW bersabda:
"Apabila malam telah masuk atau menjelang malam (waktu Maghrib), tahanlah anak-anak kamu (daripada keluar), kerana syaitan sedang berkeliaran ketika itu. Apabila telah berlalu satu waktu dari waktu Isyak, maka bolehlah kamu biarkan mereka. Tutuplah pintumu dan sebutlah nama Allah, padamkan lampumu dan sebutlah nama Allah, ikatlah tempat air kamu dan sebutlah nama Allah, dan tutuplah bekas makanan kamu dan sebutlah nama Allah, walaupun kamu hanya melintangkan sesuatu di atasnya."
(Hadis Riwayat al-Bukhari, No: 3280)
Status: Sahih

Pengajaran Hadis:

1. Waktu senja (Maghrib) adalah waktu syaitan mula keluar dan berkeliaran, termasuk memasuki rumah untuk mengganggu, menggoda atau menumpang makan.


2. Anak-anak perlu dijaga dan tidak dibiarkan bermain di luar ketika waktu senja demi keselamatan mereka.


3. Dianjurkan menutup dan mengunci pintu rumah ketika malam bagi mengelakkan gangguan makhluk halus dan penceroboh.


4. Menutup makanan dan minuman yang terbuka penting untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan gangguan haiwan serta pencemaran.


5. Menyebut nama Allah ketika menutup pintu dan bekas makanan adalah sunnah sebagai tanda perlindungan kepada Allah.


6. Islam amat menitikberatkan penjagaan kesihatan dan keselamatan melalui sunnah harian yang mudah diamalkan.



📅 Tarikh: 28 Muharam 1447H | 24 Julai 2025M

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...