Saturday, 5 July 2025

Doa Ketika Berbaring Untuk Tidur*

*ASSALAMUALAIKUM WBT.*

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Doa Ketika Berbaring Untuk Tidur*

عَنْ أَبِي الْأَزْهَرِ الْأَنْمَارِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ مِنَ اللَّيْلِ قَالَ: بِسْمِ اللَّهِ وَضَعْتُ جَنْبِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَأَخْسِئْ شَيْطَانِي، وَفُكَّ رِهَانِي، وَثَقِّلْ مِيزَانِي، وَاجْعَلْنِي فِي النَّدِيِّ الْأَعْلَى

_*Daripada Abu al-Azhar al-Anmari, bahawa Rasulullah SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada waktu malam, Baginda akan membaca:*_
*بِسْمِ اللهِ وَضَعْتُ جَنْبِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَأَخْسِئْ شَيْطَانِي، وَفُكَّ رِهَانِي، وَثَقِّلْ مِيزَانِي، وَاجْعَلْنِي فِي النَّدِيِّ الْأَعْلَى*
_*"Dengan nama Allah aku letakkan lambungku (untuk tidur). Ya Allah, ampunilah dosaku, jauhkan syaitanku, lepaskan ikatan (dosa) daripadaku, beratkan timbangan (amal kebaikan)ku, dan tempatkanlah aku di kalangan orang yang mulia di tempat yang tinggi (di syurga)."*_ (Sunan Abu Daud no. 5054) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Doa ini adalah amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sebagai persiapan sebelum tidur. Dengan membacanya, kita memohon perlindungan, ampunan, dan kebaikan dari Allah SWT. 

2.  Doa yang dibaca apabila berbaring untuk tidur:

a)  بِسْمِ اللَّهِ وَضَعْتُ جَنْبِي
“Dengan nama Allah aku baringkan tubuhku.”

Memulakan tidur dengan menyebut nama Allah sebagai tanda tawakal dan perlindungan.

b)  اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي
“Ya Allah, ampunilah dosaku.”
Memohon keampunan atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

c)  وَأَخْسِئْ شَيْطَانِي
“Dan jauhkanlah syaitanku.”
Memohon perlindungan dari gangguan syaitan.

d)  وَفُكَّ رِهَانِي
“Dan bebaskanlah aku dari ikatan dosaku.”
Memohon agar diri dibebaskan dari belenggu dosa dan kesalahan.

e)  وَثَقِّلْ مِيزَانِي
“Dan beratkanlah timbangan amalanku.”
Memohon agar amalan kebaikan diterima dan diberatkan timbangannya.

f)  وَاجْعَلْنِي فِي النَّدِيِّ الْأَعْلَى
“Dan tempatkanlah aku dalam kalangan orang-orang yang mulia di tempat yang tinggi.”
Memohon agar ditempatkan bersama para malaikat dan orang-orang soleh di syurga.

3.  Hadis ini mengajarkan kepada kita agar sebelum tidur dimulai dengan doa mengingat Allah. Amalan ini dapat membawa keberkatan dalam tidur dan perlindungan sepanjang malam. Allah akan memberikan perlindungan dari syaitan dan gangguan lainnya.

4.  Muslim disarankan untuk berdoa memohon ampunan dari dosa-dosa yang mungkin telah dilakukan sepanjang hari sebagai tanda kelemahan dan ketidaksempurnaan kita.

5.  Berdoa kepada Allah agar diberikan keredhaan-Nya, serta dijauhkan dari azab-Nya dan mendapatkan tempat yang mulia di sisi-Nya.

6.  Doa sebelum tidur adalah salah satu cara untuk memperbaiki keadaan kita, serta memperkuat hubungan kita dengan Allah. Dengan membaca doa ini, kita memohon ampunan Allah, perlindungan dari syaitan, dan keberkatan dalam hidup serta kedudukan yang terbaik di akhirat.

Membangun Ummah Madani

10hb Muharam 1447H
06hb Julai 2025M

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...