السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
DOA HINDARI KEPERCAYAAN KARUT
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ فَقَدْ أَشْرَكَ.
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَمَا كَفَّارَةُ ذَلِكَ؟
قَالَ: أَنْ يَقُولَ أَحَدُهُمْ: اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ، وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata; Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang berpaling daripada melakukan sesuatu hajat kerana beranggapan akan bernasib sial maka dia telah melakukan syirik.
Para sahabat bertanya:
"Wahai Rasulullah, apakah penebus anggapan itu?"
Baginda menjawab:
"Hendaklah seseorang daripada kamu mengucapkan:
اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ، وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ"
(Ya Allah, tiada kebaikan melainkan kebaikan-Mu dan tiada kesialan kecuali yang telah Engkau takdirkan dan tiada tuhan yang disembah selain Engkau)."
— Hadis Riwayat Ahmad (No. 6748) | Status: Sahih
---
Pengajaran Hadis:
1. Bulan Safar merupakan bulan kedua dalam kalendar Hijrah selepas Muharam. Pada zaman Arab Jahiliyyah, mereka mengharamkan peperangan dalam bulan ini sebagai sambungan rehat selepas berperang pada bulan Muharam.
2. Kepercayaan karut seperti bulan Safar membawa sial, tidak boleh bermusafir atau bernikah adalah warisan Arab Jahiliyyah yang bertentangan dengan Islam.
3. Berpaling daripada sesuatu hajat kerana takutkan sial dari bulan atau tanda-tanda tertentu adalah perbuatan syirik kecil kerana menyandarkan buruk baik kepada makhluk, bukan kepada Allah SWT.
4. Setiap Muslim wajib beriman kepada Qada’ dan Qadar, serta tidak mudah terpengaruh dengan kepercayaan karut yang tidak ada asas dalam agama.
5. Rasulullah SAW mengajarkan doa ini sebagai penghapus perasaan was-was terhadap kesialan:
اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ، وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ
Maksudnya: Ya Allah, tiada kebaikan melainkan kebaikan-Mu dan tiada kesialan kecuali yang telah Engkau takdirkan dan tiada tuhan yang disembah selain Engkau.
---
📅 27 Muharam 1447H | 23 Julai 2025M
No comments:
Post a Comment