السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
ZIKIR JIKA BERMIMPI BURUK
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ:
إِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ الرُّؤْيَا يَكْرَهُهَا، فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلاَثًا، وَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ ثَلاَثًا، وَلْيَتَحَوَّلْ عَنْ جَنْبِهِ الَّذِي كَانَ عَلَيْهِ
Daripada Jabir bin Abdullah RA, daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda bersabda:
"Jika salah seorang daripada kamu melihat mimpi yang tidak disukainya, maka hendaklah dia meludah kecil ke arah kirinya sebanyak tiga kali, memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan sebanyak tiga kali, dan mengubah posisi tidur dari sisi yang sebelumnya."
(Hadis Riwayat Muslim, No. 2262 | Status: Sahih)
Pengajaran Hadis:
1. Mimpi buruk adalah salah satu bentuk gangguan syaitan yang bertujuan menakutkan, meresahkan dan menimbulkan kesedihan dalam hati manusia.
2. Rasulullah SAW mengajar adab berikut jika bermimpi buruk:
a. Meludah kecil ke arah kiri sebanyak tiga kali (tanpa mengeluarkan air ludah).
b. Membaca ta'awudz sebanyak tiga kali:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
c. Mengubah posisi tidur ke sisi yang lain.
3. Islam melarang perbuatan menafsir mimpi buruk kerana ia tidak memberi manfaat bahkan boleh menambahkan rasa takut.
4. Tidak digalakkan menceritakan mimpi buruk kepada sesiapa.
5. Amalan zikir dan doa sebelum tidur dapat menjadi pelindung dan penguat kebergantungan kita kepada Allah SWT.
📅 25 Muharam 1447H
📆 21 Julai 2025M
No comments:
Post a Comment