السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
ZIKIR APABILA MIMPI BAIK ATAU BURUK
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ رضي الله عنه أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
إِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ الرُّؤْيَا يُحِبُّهَا فَإِنَّهَا مِنَ اللَّهِ، فَلْيَحْمَدِ اللَّهَ عَلَيْهَا وَلْيُحَدِّثْ بِهَا، وَإِذَا رَأَى غَيْرَ ذَلِكَ مِمَّا يَكْرَهُ، فَإِنَّمَا هِيَ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَلْيَسْتَعِذْ مِنْ شَرِّهَا، وَلاَ يَذْكُرْهَا لِأَحَدٍ، فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ
Maksudnya:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila salah seorang daripada kamu melihat mimpi yang disukainya, maka sesungguhnya ia adalah daripada Allah. Maka hendaklah dia memuji Allah atasnya dan menceritakannya (kepada orang lain). Tetapi apabila dia melihat mimpi yang tidak disukainya, maka itu adalah daripada syaitan. Maka hendaklah dia memohon perlindungan dengan Allah daripada keburukan dan jangan menceritakannya kepada sesiapa pun, sesungguhnya ia tidak akan memudaratkannya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, No: 7045)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran Hadis:
1. Mimpi yang baik datang daripada Allah sebagai satu bentuk anugerah atau petunjuk. Dianjurkan untuk mengucapkan الحمد لله dan boleh berkongsi dengan orang lain.
2. Mimpi buruk berasal daripada gangguan syaitan, dan tidak perlu ditakuti atau dipercayai sebagai kenyataan.
3. Jangan menceritakan mimpi buruk kepada orang lain kerana ia tidak membawa manfaat, malah boleh menimbulkan ketakutan.
4. Apabila bermimpi buruk, disarankan untuk mengucapkan أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ sebagai doa perlindungan daripada syaitan.
5. Sikap kita terhadap mimpi menunjukkan keseimbangan antara bersyukur atas petunjuk Allah dan tidak terpengaruh oleh gangguan syaitan.
📆 24 Muharam 1447H
📆 20 Julai 2025M
No comments:
Post a Comment