Tuesday 15 January 2013

Pulau Layang-Layang di Sabah





Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan di Kepulauan Spratly kerana ia berdekatan dengan kawasan tanah. Setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang itu terletak dalam perairan zon ekonomi eksklusif Malaysia pada 20 September 1979, Kabinet Malaysia telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang dalam wilayah negara.

Hasil kajian telah melihatkan pembinaan tugu pertama Terumbu Layang-Layang atau Stesen Lima telah didirikan pada 21 Jun 1980 dan pada Mei 1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditempatkan di Terumbu Layang-Layang.

Dari Geografinya, Pulau Layang-Layang terletak 162 batu nautika bersamaan 300 km dari barat laut Kota Kinabalu, yakni dalam lingkungan 200 batu nautika zon eksklusif 




Pulau Layang Layang ini, nama asalnya ialah "Swallow Reef", atau Terumbu Layang Layang. Pada tahun 80an, suasana di sana anda tidak berpeluang untuk mendarat disebabkan tiada  lapangan terbang serta tiadaa lagi resort. Perjalanannya ketika ini hanya mengambil masa dua jam dengan kapal terbang dari Kota Kinabalu.

Pulau ini juga menjadi tempat persinggahan banyak spesis burung seperti camar dan burung-burung lain yang menjadikan hujung pulau tersebut sebagai sanktuari mereka.Selain itu, anda dapat melihat pari kola, dolfin, barakuda dan penyu serta jerung hammerhead. Jika anda mahu untuk meningkatkan kemahiran menyelam anda, datang ke Pulau Layang Layang dan menikmati percutian impian ini.

Sebuah resort milik rakyat Malaysia iaitu Avillion Layang-Layang (Resort selam) telah beroperasi di situ selama beberapa tahun






4 comments:

  1. Saya pernah kesana ketika berkhidmat dalam TLDM pada tahun 1990 bersama Pasukan Khas Laut (PASKAL).Kenangan pahit manis disitu tidak dapat dilupakan.Dua orang anggota PASKAL bersama bot yang dinaikinya hilang akibat ribut semasa memancing sehingga hari ini tidak dapat dikesan

    ReplyDelete
  2. Saya pernah kesana ketika berkhidmat dalam TLDM pada tahun 1990 bersama Pasukan Khas Laut (PASKAL).Kenangan pahit manis disitu tidak dapat dilupakan.Dua orang anggota PASKAL bersama bot yang dinaikinya hilang akibat ribut semasa memancing sehingga hari ini tidak dapat dikesan

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...