Tuesday, 30 September 2025

SYAFAAT MELALUI SOLAT JENAZAH 40 ORANG

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

SYAFAAT MELALUI SOLAT JENAZAH 40 ORANG

وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ، فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلًا، لَا يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا، إِلَّا شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ

Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: ‘Tidaklah seorang lelaki Muslim meninggal dunia, lalu empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun solat ke atas jenazahnya, melainkan Allah akan menerima syafaat mereka untuknya (si mati).’”
(HR Muslim No: 948)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Solat jenazah dan doa orang beriman sangat besar nilainya kerana boleh menjadi syafaat dan sebab keampunan kepada si mati.


2. Ibnu Batthal menjelaskan bahawa syafaat berlaku kerana salah seorang daripada 40 orang yang hadir mendoakan jenazah, doanya dimakbulkan Allah. Semakin ramai yang hadir, semakin besar peluang doa itu dimakbulkan.


3. Doa orang yang ikhlas dan beriman mampu menjadi sebab keampunan untuk orang lain, maka bergaullah dengan orang soleh.


4. Orang yang tidak mensyirikkan Allah memiliki kedudukan yang tinggi, sehingga doa mereka lebih mudah diterima Allah.


5. Pengurusan dan solat jenazah adalah fardhu kifayah. Umat Islam perlu saling membantu serta mendoakan sesama Muslim yang meninggal dunia.



09 Rabiul Akhir 1447H
01 Oktober 2025M

Sunday, 28 September 2025

TIGA DOSA DISEGERAKAN BALASANNYA DI DUNIA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

TIGA DOSA DISEGERAKAN BALASANNYA DI DUNIA

عَنْ بَكَّارِ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ‏:‏
كُلُّ ذُنُوبٍ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مِنْهَا مَا شَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، إِلاَّ الْبَغْيَ، وَعُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ، أَوْ قَطِيعَةَ الرَّحِمِ، يُعَجِّلُ لِصَاحِبِهَا فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الْمَوْتِ

Daripada Bakkār bin ‘Abd al-‘Azīz RA, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
“Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali perbuatan zalim (melampaui batas), derhaka kepada kedua ibu bapa, dan memutuskan silaturahim. Sesungguhnya Allah akan segerakan hukuman ke atas pelakunya di dunia sebelum kematiannya.”
(HR Abu Daud No: 4902) – Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Hadis ini menunjukkan Allah Maha Pengampun, kebanyakan dosa ditangguhkan balasannya hingga hari kiamat, kecuali beberapa dosa besar yang disegerakan azabnya di dunia.


2. Tiga dosa yang disegerakan balasannya di dunia:
i) الْبَغْي – Kezaliman: menindas, merampas hak orang lain, menganiaya atau menyakiti.
ii) عُقُوق الْوَالِدَيْن – Derhaka kepada ibu bapa: menyakiti, mengabaikan, bercakap kasar, enggan membantu, memalukan mereka.
iii) قَطِيعَة الرَّحِم – Memutuskan silaturahim: memutuskan hubungan dengan ahli keluarga.


3. Dosa yang melibatkan hak manusia (kezaliman, derhaka, memutuskan silaturahim) lebih berat kerana merosakkan hubungan sosial dan kekeluargaan.


4. Kezaliman adalah dosa yang mendatangkan kemurkaan Allah dan boleh membawa bala, kehilangan berkat atau kehancuran hidup.


5. Hormat dan taat kepada ibu bapa membawa keberkatan, sebaliknya kedurhakaan boleh menyebabkan rezeki tersekat, hati tidak tenang, umur tidak diberkati.


6. Menyambung silaturahim membawa keberkatan umur dan rezeki, manakala memutuskannya membawa kesempitan hidup dan kemurkaan Allah.


7. Hadis ini memberi peringatan supaya segera bertaubat kerana balasan dosa tertentu boleh berlaku sebelum mati, seperti hidup susah, ditimpa bala, dihina, atau kehilangan keberkatan hidup.



07 Rabiul Akhir 1447H
29 September 2025M

Saturday, 27 September 2025

MALAIKAT BERGILIR DI WAKTU SUBUH DAN ASAR

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

MALAIKAT BERGILIR DI WAKTU SUBUH DAN ASAR

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ‏"‏ يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Malaikat bergilir-gilir datang kepada kamu, malaikat pada waktu malam dan malaikat pada waktu siang. Mereka berkumpul pada waktu solat Subuh dan solat Asar. Kemudian malaikat yang menjaga kamu pada waktu malam naik (ke langit), lalu Allah bertanya kepada mereka sedangkan Allah lebih mengetahui keadaan mereka itu: ‘Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku ketika kamu tinggalkan?’ Mereka menjawab: ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat, dan kami datang kepada mereka juga dalam keadaan mereka sedang solat.’”
(HR Bukhari No: 555) – Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Menurut Ibn Hajar al-‘Asqalani, para malaikat bertugas silih berganti siang dan malam untuk mengawasi, mencatat amalan serta menyaksikan ibadah setiap manusia.


2. Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadis ini menunjukkan keutamaan solat Subuh dan Asar kerana ia adalah saat peralihan giliran malaikat yang menjaga manusia.


3. Solat Subuh dan Asar disebut secara khusus kerana ia adalah waktu yang mencabar:
 • Subuh: permulaan siang dan sukar untuk bangun.
 • Asar: waktu kesibukan memuncak.


4. Muslim yang baik ialah yang menjaga solat fardhu dengan istiqamah dan khusyuk.


5. Orang yang menjaga solatnya berada dalam naungan rahmat Allah dan pujian para malaikat.


6. Hadis ini mengingatkan kita bahawa setiap amal dilihat Allah dan para malaikat. Maka kita perlu memperbaiki solat dan istiqamah dalam ibadah.



06 Rabiul Akhir 1447H
28 September 2025M

Friday, 26 September 2025

MENJAGA SOLAT FARDHU LIMA WAKTU DIJANJIKAN SYURGA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MENJAGA SOLAT FARDHU LIMA WAKTU DIJANJIKAN SYURGA

عَنْ أَبي قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِيٍّ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: قَالَ اللَّهُ عز وجل افْتَرَضْتُ عَلَى أُمَّتِكَ خَمْسَ صَلَوَات، وَعهِدْتُ عَنِّي عَهْدا - أَنَّهُ مَنْ حَافَظَ عَلَيْهِنَّ لِوَقْتِهِنَّ أَدْخَلْتُهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ لَمْ يُحَافِظ عَلَيْهِنَّ، فَلَا عَهْدَ لَهُ عِنْدِي
(Hadis Qudsi – Riwayat Ibn Majah No: 221) Status: Hasan

Terjemahan:
Daripada Abu Qatadah bin Rib‘i RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT telah berfirman:
"Sesungguhnya Aku telah fardukan ke atas umatmu lima solat (sehari semalam), dan Aku telah membuat perjanjian di sisi-Ku bahawa sesiapa yang menjaganya pada waktunya, maka Aku akan memasukkannya ke dalam syurga. Dan sesiapa yang tidak menjaganya, maka tiada perjanjian untuknya di sisi-Ku."

Pengajaran:

1. Solat lima waktu adalah perintah langsung daripada Allah SWT yang menunjukkan betapa penting dan tingginya kedudukan solat dalam Islam.


2. Menjaga solat dengan sempurna – tepat pada waktunya dan dilakukan dengan khusyuk – adalah sebab utama dijanjikan syurga.


3. Solat adalah ikatan perjanjian antara Allah dan hamba-Nya. Menjaganya bermaksud memenuhi perjanjian itu dan mendapat ganjaran yang dijanjikan.


4. Melalaikan atau meninggalkan solat memutuskan jaminan daripada Allah SWT.


5. Disiplin menjaga solat lima waktu adalah asas keselamatan dan kejayaan seseorang Muslim di dunia dan akhirat.



05 Rabiul Akhir 1447H
27 September 2025M

Thursday, 25 September 2025

Solat Penghapus Dosa

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Solat Penghapus Dosa

عَنْ عُثْمَانَ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:  مَا مِنَ امْرِئٍ مُسْلِمٍ تَحْضُرُهُ صَلَاةٌ مَكْتُوبَةٌ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهَا وَخُشُوعَهَا وَرُكُوعَهَا، إِلَّا كَانَتْ كَفَّارَةً لِمَا قَبْلَهَا مِنَ الذُّنُوبِ، مَا لَمْ يُؤْتِ كَبِيرَةً، وَذَلِكَ الدَّهْرَ كُلَّهُ

Daripada Uthman RA beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada seorang Muslim pun yang tiba waktu solat fardu ke atasnya, lalu dia menyempurnakan wuduknya, kekhusyukannya, dan rukuknya, melainkan solat itu menjadi penghapus dosa-dosa yang dilakukannya sebelum itu, selama dia tidak melakukan dosa besar. Dan yang demikian itu berlaku sepanjang masa." (HR Muslim No: 228) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Imam al-Nawawi menegaskan bahawa hadis ini menunjukkan bahawa solat yang dilakukan dengan sempurna dari segi wuduk, khusyuk, dan rukuk berfungsi sebagai penghapus dosa-dosa kecil. Namun, ia tidak menghapuskan dosa-dosa besar kecuali dengan taubat nasuha.

2.  Pentingnya menjauhi dosa besar agar dosa-dosa kecil dapat diampunkan. 

3.  Wuduk yang sempurna adalah syarat pertama untuk solat yang sah dan diterima. Wuduk bukan sekadar membasuh anggota, tetapi juga perlu dilakukan dengan penuh kesedaran dan niat.

4.  Khusyuk dalam solat adalah kunci utama untuk mendapatkan pahala dan keampunan. Tanpa kekhusyukan, solat mungkin hanya menjadi rutin tanpa kesan rohani.

5.  Hadis ini menunjukkan bahawa solat bukan sekadar kewajiban harian, tetapi juga alat pembersih rohani harian. Namun, keberkesanannya bergantung pada kualiti pelaksanaannya antaranya wuduk yang betul, kekhusyukan hati, dan rukuk yang sempurna. Ia juga menegaskan pentingnya bertaubat daripada dosa-dosa besar, kerana solat semata-mata tidak mencukupi untuk menghapuskannya. Maka, seorang Muslim perlu menumpukan kepada mutu ibadah, bukan sekadar kuantiti atau kebiasaan.

04hb Rabiul Akhir 1447
26 Sept 2025

Monday, 22 September 2025

CONTOHI RASULULLAH SAW DALAM KECERIAN WAJAH

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

CONTOHI RASULULLAH SAW DALAM KECERIAN WAJAH

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

Daripada Abu Dzar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda kepadaku:
“Jangan sekali-kali engkau meremehkan suatu kebaikan meskipun hanya sekadar engkau menemui saudaramu dengan wajah yang ceria (senyuman).”

Sumber: Riwayat Muslim, No. 4760 – Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap amal baik walaupun kecil tetap mendapat ganjaran di sisi Allah. Kadangkala amalan yang dianggap kecil boleh menjadi sebab seseorang masuk syurga kerana keikhlasan hatinya.


2. Senyum ketika bertemu orang lain adalah amal kebaikan yang dituntut dan dikira sebagai sedekah.


3. Sikap ceria dan tutur kata yang baik mewujudkan interaksi positif dan akhlak mulia.


4. Wajah yang ceria menenangkan hati saudara Muslim, menghilangkan prasangka dan mengeratkan ukhuwah.


5. Jangan memandang remeh amalan kecil kerana ia memberi kesan besar, termasuk memberi salam dan senyuman.



01 Rabiul Akhir 1447H
23 September 2025M

Sunday, 21 September 2025

GOLONGAN PENGHUNI SYURGA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

GOLONGAN PENGHUNI SYURGA

عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ الْمُجَاشِعِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
وَأَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلَاثَةٌ: ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ، وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ، وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ

Daripada Iyadh bin Himar al-Mujasyi’i RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda:
“Penghuni syurga itu terdiri daripada tiga golongan; iaitu penguasa atau pemerintah yang berlaku adil, banyak bersedekah dan diberi taufik oleh Allah, seorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada setiap kerabat dan sesama muslim, dan seorang yang menjaga kehormatan diri, menjauhkan diri daripada meminta-minta.”
(HR Muslim, No: 5109)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Pemerintah atau pemimpin yang adil, pemurah dalam bersedekah dan diberi taufik oleh Allah untuk melaksanakan tanggungjawab.


2. Pemerintah yang adil adalah tonggak utama masyarakat – menjaga hak rakyat, menggunakan kuasa dan harta untuk kemaslahatan umat serta istiqamah dengan pertolongan Allah.


3. Orang yang penyayang dan lemah lembut terhadap keluarga dan masyarakat Muslim, membantu dan memaafkan mereka.


4. Orang yang menjaga maruah diri – tidak meminta-minta walaupun dalam kesusahan, dan berusaha menyara keluarganya.


5. Islam membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat – pemimpin, orang mampu atau miskin – untuk menjadi penghuni syurga dengan amalan masing-masing.



Sebagai warganegara, sama ada pemimpin atau pengikut, berusahalah menjadi insan yang adil, pemurah, penyayang, lemah lembut serta menjadi pemberi, bukan peminta.

29 Rabiul Awwal 1447H
22 September 2025M

Saturday, 20 September 2025

HUBUNGKAN UKHUWAH DENGAN SAPAAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

HUBUNGKAN UKHUWAH DENGAN SAPAAN

عَنْ هِشَامَ بْنَ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ مُسْلِمًا فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ فَإِنْ كَانَ تَصَارَمَا فَوْقَ ثَلَاثٍ فَإِنَّهُمَا نَاكِبَانِ عَنْ الْحَقِّ مَا دَامَا عَلَى صُرَامِهِمَا وَأَوَّلُهُمَا فَيْئًا فَسَبْقُهُ بِالْفَيْءِ كَفَّارَتُهُ فَإِنْ سَلَّمَ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ وَرَدَّ عَلَيْهِ سَلَامَهُ رَدَّتْ عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ وَرَدَّ عَلَى الْآخَرِ الشَّيْطَانُ فَإِنْ مَاتَا عَلَى صُرَامِهِمَا لَمْ يَجْتَمِعَا فِي الْجَنَّةِ أَبَدًا

Daripada Hisyam bin 'Amir berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak halal bagi seorang muslim untuk memutuskan hubungan dengan saudara sesama Muslim lebih daripada tiga malam, jika mereka berdua saling mendiamkan lebih daripada tiga hari, keduanya jauh dari kebenaran selama mereka berdua masih memutuskan hubungan. Jika salah seorang di antaranya kembali sedar dari rasa marah (menyambung kembali hubungan ukhuwah), maka ia menjadi penebus dosanya. Jika dia (si 'A') memberi salam terhadap temannya (si 'B') namun tidak diterima (tidak dijawab), maka Malaikat akan menjawab salamnya, dan (si 'B') yang mendiamkan diri akan dijawab oleh syaitan. Jika mereka berdua meninggal dunia dalam keadaan saling mendiamkan (bermusuh), maka mereka berdua tidak akan berkumpul di syurga selama-lamanya."
(HR Ahmad No: 15668) – Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Seorang muslim tidak boleh memutuskan hubungan dengan saudara Muslimnya lebih dari tiga hari. Tempoh ini adalah ruang masa untuk meredakan emosi.


2. Jika keduanya saling mendiamkan diri lebih dari tiga hari, mereka jauh dari rahmat Allah selama hubungan tidak dipulihkan.


3. Orang yang terlebih dahulu menyambung ukhuwah akan diampunkan dosanya dan mendapat kelebihan besar di sisi Allah.


4. Jika salam diberi tetapi tidak dijawab, malaikat akan menjawab bagi pihaknya; yang tidak menjawab akan disokong oleh syaitan.


5. Jika mereka mati dalam keadaan bermusuhan, mereka tidak akan berhimpun di syurga, kecuali dengan rahmat Allah.


6. Setiap Muslim mesti berusaha memulakan perdamaian, jauhi ego dan dendam kerana ia merugikan akhirat.



Bersamalah kita menyambung ukhuwah dan menanam sifat kasih sayang dengan bertegur sapa serta saling bermaafan.

28 Rabiul Awal 1447H
21 September 2025M

Friday, 19 September 2025

BERTAQWA WALAU DIMANA BERADA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

BERTAQWA WALAU DIMANA BERADA

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku:
"Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan (dosa) dengan (amalan) kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."
(HR Tirmizi, No: 1987)
Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Taqwa kepada Allah SWT adalah kewajipan setiap Muslim dan menjadi benteng daripada maksiat.


2. Taqwa menurut Imam At-Tabari ialah beriman dan taat kepada Allah, meninggalkan larangan-Nya dan melaksanakan perintah-Nya serta berhati-hati daripada siksaan-Nya.


3. Ibn Rajab al-Hanbali menjelaskan takwa ialah menjaga diri daripada kemurkaan Allah dengan melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Arahan “di mana sahaja engkau berada” menekankan bahawa takwa mesti dipelihara sama ada ketika sendirian mahupun di khalayak.


4. Segerakan kebaikan setelah melakukan dosa, seperti beristighfar, bersedekah, berzikir dan menunaikan solat sunat.


5. Para ulama’ sepakat kebaikan hanya menghapuskan dosa kecil. Dosa besar tidak akan terhapus melainkan dengan taubat nasuhah.


6. Seorang Muslim perlu menjauhi kejahatan, memperbanyakkan kebaikan dan menghiasi diri dengan akhlak mulia.


7. Akhlak yang baik merangkumi sabar, lemah lembut, memaafkan, tidak menyakiti orang lain dan bersikap adil.



Bertakwalah walau di mana kita berada.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1447H
Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2025

27 Rabiul Awal 1447H
20 September 2025

Thursday, 18 September 2025

ENAM LARANGAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

ENAM LARANGAN

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ
(Riwayat al-Bukhari, No: 2231) – Hadis Sahih

Daripada Al-Mughirah bin Syu’bah RA berkata; Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, meminta-minta tetapi enggan memberi (menunaikan kewajipan). Allah membenci orang yang banyak bercakap perkara sia-sia (mempercayai setiap khabar angin serta menyebarkan), banyak bertanya (yang tidak berfaedah) dan menyia-nyiakan harta (boros atau membazir).”

Pengajaran Hadis:

1. Mendurhakai ibu adalah dosa besar. Berbakti kepada ibu adalah kewajipan.


2. Menanam anak perempuan hidup-hidup adalah dilarang. Anak ialah amanah Allah yang mesti dipelihara dan dimuliakan.


3. Dilarang meminta hak daripada orang lain tetapi enggan menunaikan kewajipan sendiri. Ia menzahirkan sifat tamak dan tidak bertanggungjawab.


4. Dilarang bercakap perkara sia-sia atau menyebarkan khabar angin tanpa menyemak kesahihan. Ini boleh membawa fitnah dan permusuhan.


5. Dilarang banyak bertanya perkara yang tidak berfaedah atau hanya bertujuan menguji dan mengadu domba.


6. Dilarang membazir harta. Harta adalah amanah Allah dan mesti digunakan untuk manfaat diri, keluarga, masyarakat dan agama.



Marilah kita berusaha menjadi Muslim yang taat kepada ibu bapa, mengasihi dan mendidik anak-anak, menunaikan kewajipan sebelum menuntut hak, memastikan setiap berita yang disebarkan benar dan bermanfaat, mengelak pertanyaan yang sia-sia, dan berjimat dalam membelanjakan harta.

26 Rabiul Awwal 1447H
19 September 2025M

Wednesday, 17 September 2025

BERHATI-HATI DALAM BERBICARA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

BERHATI-HATI DALAM BERBICARA

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebab (kata-kata tersebut) ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.”
(HR Tirmizi No: 2314)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa sebahagian manusia memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab dia dihumban ke neraka. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 12/79).


2. Imam al-Nawawi menjelaskan dalam al-Adzkar bahawa hadis ini memberi peringatan tentang bahaya kata-kata yang kelihatan ringan pada pandangan manusia, tetapi besar di sisi Allah. Ia boleh mengandungi unsur syirik, penghinaan agama, fitnah, mengumpat atau menyakiti hati orang lain.


3. Menurut al-Qurtubi, kata-kata yang boleh menjerumuskan seseorang ke neraka termasuklah:
a. Mengucapkan kalimah kufur walaupun bergurau.
b. Menghina atau memperlekeh hukum Allah.
c. Menyebarkan fitnah dan berita palsu.
d. Mengumpat atau mencela orang lain.


4. Dalam menyampaikan info atau maklumat, seseorang mesti bertanggungjawab dalam segala ucapan dan penyampaiannya sama ada secara lisan mahupun tulisan.


5. Menurut Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari, angka “70 tahun” adalah kiasan kepada masa yang sangat lama, menunjukkan betapa beratnya dosa perkataan tersebut.


6. Setiap info atau berita yang diucap atau ditulis mestilah benar dan tidak mengundang aib serta pembohongan. Firman Allah SWT:



إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
(Surah An-Nur, 11)

Al-Maraghi berkata: Allah SWT menerangkan hukuman yang menimpa orang yang menyebarkan berita dusta; mereka akan menerima hukuman setimpal dengan peranan masing-masing. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 9/4730).
7. Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin menyebut bahawa kebanyakan dosa manusia berpunca daripada lidah. Satu perkataan boleh meruntuhkan maruah, memutuskan silaturrahim, bahkan membawa kekufuran.

Moga kita sentiasa berhati-hati dalam tutur kata, penulisan dan perkongsian maklumat termasuk di media sosial.

24 Rabiul Awwal 1447H
17 September 2025

Monday, 15 September 2025

MENJAGA HAK SESAMA MUSLIM

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MENJAGA HAK SESAMA MUSLIM

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Ia tidak boleh menzaliminya dan tidak membiarkannya (diserahkan kepada musuh atau dalam kesusahan). Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan memenuhi hajatnya. Siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim, maka Allah akan menghilangkan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat, dan sesiapa yang menutup aib seorang Muslim di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat."
(HR Bukhari No: 2262)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.


2. Imam Nawawi menjelaskan hadis ini mengandungi prinsip asas ukhuwah Islamiyyah yang menuntut setiap Muslim melindungi, membantu, dan menjaga saudaranya.


3. Sebagai orang Islam, kita perlu menjaga hak orang Islam lain antaranya:
 a. Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya dengan perbuatan, perkataan atau tindakan.
 b. Tidak boleh membiarkan saudaranya dizalimi tanpa bantuan, bahkan wajib mempertahankan jika mampu.


4. Menjadi tanggungjawab membantu saudara yang memerlukan. Allah akan memperkenankan hajat mereka yang memenuhi hajat saudaranya.


5. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan saudaranya, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat.


6. Sesiapa yang menutup aib saudaranya di dunia, Allah akan menutup aibnya di akhirat.


7. Menurut Al-Qadhi Iyadh, penutupan aib pada hari kiamat boleh bermaksud:
 a. Allah menutup aibnya daripada pengetahuan manusia di padang mahsyar.
 b. Allah tidak menghisab atau menyebut aibnya langsung.


8. Kita perlu berhati-hati menggunakan media sosial kerana membuka aib atau menfitnah termasuk perbuatan zalim. Namun, ia tidak bermaksud menyembunyikan kezaliman yang memudaratkan orang lain — menegur atau melaporkannya adalah lebih utama.



23 Rabiul Awal 1447H
16 September 2025

Sunday, 14 September 2025

MENGUMPAT, GOSIP PERBUATAN TERCELA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MENGUMPAT, GOSIP PERBUATAN TERCELA

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ. قِيلَ: أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟ قَالَ: إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya:
“Tahukah kamu apakah ghibah (mengumpat) itu?”
Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Baginda bersabda: “Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya.”
Baginda ditanya lagi: “Bagaimana jika apa yang aku katakan itu memang benar?”
Baginda menjawab: “Jika apa yang engkau katakan itu benar, engkau telah mengumpatnya. Jika tidak benar, engkau telah memfitnahnya.”
(HR Muslim No: 4690)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Mengumpat atau bergosip adalah dosa besar yang dilarang dalam Islam.


2. Ghibah bermaksud menceritakan aib, kelemahan atau sesuatu yang buruk tentang orang lain walaupun perkara itu benar.


3. Imam al-Ghazali menyatakan ghibah termasuk menyebut kekurangan seseorang sama ada tubuh, keturunan, akhlak, perbuatan, pakaian atau hartanya.


4. Mengumpat boleh berlaku melalui percakapan, sindiran, tulisan, gambar atau isyarat.


5. Jika yang diperkatakan tidak benar, ia menjadi fitnah – lebih besar dosanya.


6. Media sosial menjadikan ghibah lebih mudah tersebar melalui posting, komen atau perkongsian yang akhirnya mengundang dosa kepada penyebar.


7. Kesan buruk ghibah merosakkan silaturahim, menimbulkan permusuhan dan memindahkan pahala kita kepada orang yang diumpat pada hari kiamat.



Tarikh:
22 Rabiul Awal 1447H | 15 September 2025M

Saturday, 13 September 2025

RASULULLAH SAW PEMBAWA RAHMAT

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

RASULULLAH SAW PEMBAWA RAHMAT

عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِيهِمْ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ, إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ

Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: "Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)."
(Hadis riwayat Ad-Darimi No: 15, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak No: 98 – beliau berkata: Hadis ini adalah sahih dengan mengikuti syarat-syarat yang telah digariskan oleh Imam al-Bukhari & Muslim).

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW diutus membawa rahmat untuk seluruh alam. Firman Allah:
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (al-Anbiya:107)


2. “Rahmat yang dihadiahkan” menurut Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir bermaksud kewujudan Nabi SAW sebagai hadiah besar daripada Allah yang menyelamatkan manusia daripada kegelapan jahiliah menuju cahaya hidayah.


3. Menurut Ibnu Abbas, Allah mengutus Nabi SAW sebagai rahmat bagi seluruh manusia, baik mukmin mahupun kafir.

Bagi orang beriman, ia adalah petunjuk yang membawa mereka ke syurga.

Bagi orang kafir, ia berupa penangguhan azab yang pernah ditimpakan kepada umat terdahulu.



4. Rahmat adalah kasih sayang. Nabi SAW membawa risalah tauhid untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada pengabdian kepada Allah semata-mata.


5. Ibn Qayyim al-Jauziyah menyatakan bahawa rahmat ialah sifat memberikan manfaat kepada makhluk lain dan menjauhkan mereka daripada bencana.



Jadilah kita pewaris sifat rahmah kepada sesama manusia dan makhluk lain.
Membangun Ummah Madani

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1447
Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2025

#BangunkanJiwaMerdeka #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka

21 Rabiul Awwal 1447H
14 September 2025

Friday, 12 September 2025

RASULULLAH SAW CONTOH AKHLAK TERBAIK

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


---

RASULULLAH SAW CONTOH AKHLAK TERBAIK

حَدَّثَنِي أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْجَدَلِيُّ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ كَيْفَ كَانَ خُلُقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَهْلِهِ قَالَتْ كَانَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا لَمْ يَكُنْ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَلَا سَخَّابًا بِالْأَسْوَاقِ وَلَا يُجْزِئُ بِالسَّيِّئَةِ مِثْلَهَا وَلَكِنْ يَعْفُو وَيَصْفَحُ

Daripada Abu Abdullah Al-Jadali RA, beliau berkata:
Aku bertanya kepada Aisyah RA: “Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya?”
Aisyah menjawab: “Baginda adalah orang yang paling baik akhlaknya, tidak pernah berbuat keji, tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, tidak berteriak-teriak di pasar, dan tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi Baginda pemaaf dan pengampun.”
(HR Ahmad No: 24797)
Status: Hadis Hasan


---

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh akhlak terhadap keluarga dan orang lain. Kelembutan dan kasih sayang adalah asas keharmonian rumah tangga.


2. Baginda SAW tidak pernah melakukan perbuatan buruk dan keji seperti mengasari orang lain.


3. Baginda SAW tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, bertengkar atau menjerit di tempat awam.


4. Akhlak terpuji Baginda SAW termasuk tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, sebaliknya memilih memaafkan.


5. Rasulullah SAW mengajar umatnya menjadi pemaaf kerana ia membawa kepada kasih sayang dan keberkatan hidup.


6. Umat Islam perlu mencontohi Baginda SAW dengan menjaga tutur kata, mengawal emosi dan mengelakkan pertelingkahan, termasuk di media sosial.




---

📅 20 Rabiul Awwal 1447H | 13 September 2025

Thursday, 11 September 2025

BERSALAWAT DALAM MAJLIS

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

BERSALAWAT DALAM MAJLIS

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الرَّجُلُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً فِي الْمَجْلِسِ أَجْزَأَ عَنْهُ مَا كَانَ فِي ذَلِكَ الْمَجْلِسِ

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang berselawat kepada Nabi SAW sebanyak sekali di dalam sesebuah majlis, maka ianya telah mencukupi sepanjang ia berada di majlis tersebut.”
(HR at-Tirmidzi No: 3468)
Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Majlis yang diberkati ialah majlis yang diisi dengan zikir, kalimah Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.


2. Hadis ini menunjukkan sekurang-kurangnya sekali selawat dalam sesuatu majlis sudah memadai untuk menunaikan tuntutan selawat dalam majlis tersebut. Namun, menurut Imam al-Nawawi dalam al-Azkar, adalah lebih utama (afdhal) memperbanyakkan selawat.


3. Imam al-Sindi menjelaskan bahawa maksud hadis ini ialah seseorang yang berselawat sekali dalam majlis, tidak lagi dianggap lalai atau cuai dalam menunaikan hak Rasulullah SAW pada majlis itu.


4. Berselawat sekali dalam majlis sangat mudah dilakukan tetapi memiliki pahala yang besar, termasuk keampunan dosa.


5. Hadis lain menyebut bahawa:
مَنْ صَلَّى عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَمَلاَئِكَتُهُ سَبْعِيْنَ صَلاَةً، فَلْيُقِلَّ عَبْدٌ مِنْ ذَلِكَ أَوْ لِيُكْثِرْ
“Barangsiapa berselawat kepada Rasulullah SAW sekali sahaja, maka Allah dan para Malaikatnya akan berselawat kepadanya sebanyak tujuh puluh kali.”
(HR Ahmad No: 6605 – Hasan)


6. Sufyan As-Sauri berkata: Selawat para malaikat ialah doa memohon ampunan untuk orang yang berselawat.


7. Ibn Hajar al-‘Asqalani menegaskan selawat adalah doa, yang menjadi sebab turunnya rahmat Allah ke dalam majlis.



Marilah kita memperbanyakkan selawat, khususnya pada hari Jumaat, kerana ia mendekatkan kita dengan Rasulullah SAW.

19 Rabi‘ul Awwal 1447H / 12 September 2025

Wednesday, 10 September 2025

AL-QURAN DAN SUNNAH PANDUAN HIDUP DIREDAl

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

AL-QURAN DAN SUNNAH PANDUAN HIDUP DIREDAl

عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Daripada Malik RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selagi kalian berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya (hadis)."
(HR Malik dalam al-Muwatta’ No: 1661, Dar Ihya Ulum Arabiyyah)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.


2. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib diamalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini. Menurut Imam al-Syafi‘i dalam al-Risalah, kedua-duanya tidak boleh dipisahkan kerana Sunnah adalah penjelasan dan pentafsir kepada ayat-ayat al-Quran.


3. Al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa siapa yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah akan terpelihara daripada kesesatan akidah, ibadah, muamalah dan akhlak.


4. “Berpegang teguh” ialah mengikuti, memahami, dan mengamalkan kedua-duanya, bukan sekadar membaca atau menghafal.


5. Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.



عَنْ جَابِرٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: اَلقُرْآنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ

Daripada Jabir RA, Nabi SAW bersabda:
"Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga, dan barangsiapa meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka."
(HR Ibn Hibban No: 124)
Status: Hadis Sahih

6. Sunnah adalah penjelas bagi al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Al-Sunnah adalah jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah SAW sama ada melalui percakapan, perbuatan mahupun perakuan.


7. Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami asas ibadah yang diterangkan dalam al-Quran serta dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan oleh Rasulullah SAW seperti muamalah, jinayat, akhlak, pentadbiran dan lain-lain.


8. Al-Quran dan Sunnah adalah dua pegangan utama yang wajib diikuti oleh setiap Muslim. Sesiapa yang menjadikan kedua-duanya panduan hidup akan mendapat hidayah dan tidak akan tersesat. Umat Islam pada setiap zaman wajib kembali kepada al-Quran dan Sunnah dalam menangani segala isu kehidupan, sama ada dalam aspek ibadah, akhlak, sosial, ekonomi mahupun politik.



✦ Marilah kita memastikan dua pusaka ini kita pelajari, fahami dan amalkan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Membangun Ummah Madani
Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1447H
Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2025

16 Rabiul Awwal 1447H
09 September 2025

CONTOHI AKHLAK RASULULLAH

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

CONTOHI AKHLAK RASULULLAH

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: خَدَمْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ سِنِينَ وَاللهِ مَا قَالَ لِي: أُفًّا قَطُّ وَلَا قَالَ لِي لِشَيْءٍ: لِمَ فَعَلْتَ كَذَا وَهَلَّا فَعَلْتَ كَذَا

Daripada Anas bin Malik RA berkata:
"Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun. Demi Allah, Baginda SAW tidak pernah berkata kepadaku 'Uff', dan tidak pernah berkata kepadaku kerana sesuatu: 'Kenapa awak buat begini?' atau 'Kenapa awak tidak buat begitu?'"
(HR Muslim No: 2309)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW memiliki akhlak yang sangat terpuji. Baginda berlemah lembut walaupun kepada hamba yang berkhidmat kepadanya.


2. Kalimah uff adalah ucapan yang menunjukkan rasa tidak hormat atau mengherdik.


3. Menjaga tutur kata adalah tanda keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat, kerana kata-kata boleh menjadi sebab dosa.


4. Rasulullah SAW tidak pernah mengeluarkan kata-kata kasar, mencela atau mengherdik sesiapa, termasuk sahabat dan pekerja.


5. Hadis ini mengajar kita untuk mengelakkan cercaan walaupun ringan kerana ia boleh menyakitkan hati dan melemahkan semangat.


6. Kelembutan Nabi SAW menjadi tarbiyah yang menanam rasa cinta dan hormat dalam hati para sahabat.


7. Marilah kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dalam kehidupan, khususnya dalam menjaga tutur kata.



Firman Allah SWT:
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak."
(al-Ahzab: 21)

Selamat memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dan mencontohi akhlak Baginda.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1447H.
Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2025.

18 Rabiul Awwal 1447H / 11 September 2025

Tuesday, 9 September 2025

GIGIT SUNNAH RASULULLAH SAW DENGAN GIGI GERAHAM

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

GIGIT SUNNAH RASULULLAH SAW DENGAN GIGI GERAHAM

حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ أَبِي الْمُطَاعِ قَالَ سَمِعْتُ الْعِرْبَاضَ بْنَ سَارِيَةَ يَقُولُ قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَظْتَنَا مَوْعِظَةَ مُوَدِّعٍ فَاعْهَدْ إِلَيْنَا بِعَهْدٍ فَقَالَ عَلَيْكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا وَسَتَرَوْنَ مِنْ بَعْدِي اخْتِلَافًا شَدِيدًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Terjemahan:
Telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha’ ia berkata; aku mendengar 'Irbadh bin Sariyah berkata; "Pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami. Baginda memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan airmata berlinangan. Lalu kami berkata; 'Wahai Rasulullah, seolah-olah engkau memberi nasihat perpisahan, maka wasiatkanlah sesuatu kepada kami.’ Baginda bersabda: 'Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat (kepada pemimpin) meskipun pemimpin itu seorang hamba Habsyi. Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham kamu, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara (bid‘ah) yang dibuat-buat, kerana sesungguhnya semua bid‘ah itu adalah sesat.'"
(HR Ibnu Majah No: 42)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Hadis ini asas dalam menjaga agama kerana menekankan takwa, ketaatan, berpegang kepada sunnah dan larangan bid‘ah.


2. Taqwa ialah asas keselamatan dunia dan akhirat – laksanakan perintah Allah, jauhi larangan-Nya.


3. Wajib taat kepada pemimpin yang benar walaupun dari kalangan hamba, demi mengelakkan perpecahan.


4. Perselisihan selepas kewafatan Rasulullah SAW mesti dihadapi dengan berpaut teguh pada sunnah Baginda dan Khulafa’ ar-Rasyidin.


5. Berpegang dengan sunnah bererti mengikuti seluruh cara hidup Rasulullah SAW secara teguh dan berterusan.


6. Waspada terhadap bid‘ah – iaitu perkara yang menyalahi al-Quran, Sunnah, ijmak atau athar sahabat.


7. Wasiat penting Rasulullah SAW: takwa kepada Allah, taat kepada pemimpin, berpegang dengan sunnah, dan menjauhi perkara baru yang menyesatkan.




---

📌 Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1447

17 Rabiul Awal 1447H
10 September 2025M

Sunday, 7 September 2025

KEUTAMAAN ORANG BERSELAWAT

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

KEUTAMAAN ORANG BERSELAWAT

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُ النَّاسِ عَلَيَّ صَلاةً

Daripada Abdullah Bin Masoud berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling hampir denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat ke atasku.
(HR at-Tabrani No: 9679) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW adalah amalan yang sangat dituntut.


2. Mukmin yang paling hampir dengan Rasulullah SAW pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atas Baginda.


3. Menurut al-Mubarakfuri, kelebihan ini diberikan kerana selawat menunjukkan rasa cinta, penghormatan dan penghargaan yang mendalam kepada junjungan Nabi SAW.


4. Al-Sindi menegaskan bahawa kedekatan dengan Nabi SAW di akhirat bukan sekadar fizikal, tetapi juga dari segi kemuliaan, rahmat dan syafaat.


5. Imam al-Nawawi menyatakan selawat bukan sahaja memberi kedudukan tinggi di akhirat, malah menjadi sebab turunnya rahmat, keberkatan hidup dan penghapusan dosa kecil di dunia.


6. Orang yang berselawat ke atas Nabi SAW, para malaikat juga akan berselawat (memohonkan ampun) untuknya sebanyak mana ia berselawat.



Rabiul Awal adalah bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Banyakkan selawat, moga malaikat memohonkan keampunan buat kita.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1447H

📅 15 Rabiul Awal 1447H
📅 08 September 2025M

Saturday, 6 September 2025

BERSELAWAT TUNTUTAN MUKMIN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

BERSELAWAT TUNTUTAN MUKMIN

عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَة قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ: {إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا} . قَالَ: قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا السَّلَامَ فَكَيْفَ الصَّلَاةُ عَلَيْكَ "قُولُوا: اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ". وَكَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي لَيْلَى يَقُولُ: وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ.

Maksudnya:
Daripada Ka‘b ibnu Ujrah RA berkata, bahawa ketika ayat ini diturunkan: “Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” (Al-Ahzab: 56). Lalu kami bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui bagaimana cara mengucapkan salam penghormatan kepadamu, tetapi bagaimanakah caranya mengucapkan selawat untukmu?” Rasulullah SAW menjawab:
“Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkanlah selawat buat Muhammad dan keluarganya sebagaimana telah Engkau limpahkan selawat buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan limpahkanlah keberkatan buat Muhammad dan keluarganya sebagaimana telah Engkau limpahkan keberkatan buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”
Dan Abdur Rahman ibnu Abu Laila menambah: “Dan semoga dilimpahkan pula kepada kami disertakan dengan mereka.”
(HR Bukhari No: 2497)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah tuntutan utama bagi setiap Mukmin.


2. Menurut Abul Aliyah, selawat Allah ialah pujian-Nya kepada Nabi SAW; manakala selawat malaikat ialah doa mereka untuk baginda.


3. Sufyan As-Sauri menyatakan selawat Allah adalah rahmat, sementara selawat malaikat ialah permohonan ampun.


4. Al-Qurtubi menegaskan, perintah selawat bukan sekadar sunat, tetapi tanda penghormatan tertinggi kepada Nabi SAW serta sebab memperoleh syafaat baginda di akhirat.


5. Rasulullah SAW mengajarkan selawat Ibrahimi sebagai selawat terbaik:



اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

6. Setiap kali nama Nabi Muhammad SAW disebut, ditulis atau didengar, seorang Mukmin dianjurkan untuk berselawat, contohnya dengan lafaz:
– صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
– عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ


7. Selawat membawa manfaat besar kepada umat kerana ia mengundang rahmat Allah dan syafaat Nabi SAW.


8. Bulan Rabiul Awal mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi SAW — maka perbanyakkanlah selawat sebagai tanda cinta kita kepada baginda.



✨ Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW 1447H
✨ Selamat meraikan Bulan Kebangsaan 2025

📅 14 Rabiul Awal 1447H / 07 September 2025M

Friday, 5 September 2025

KEMANISAN IMAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


---

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

KEMANISAN IMAN

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Daripada Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, baginda bersabda:
“Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, maka dia akan merasai kemanisan iman: (1) hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain keduanya. (2) mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. (3) dan benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka.”
(HR Bukhari No: 15)
Status: Hadis Sahih


---

Pengajaran:

1. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa halawatul iman (kemanisan iman) ialah rasa lazat dan tenang yang dirasai dalam hati apabila seseorang mencapai darjat cinta kepada Allah dan Rasul serta membenci maksiat.


2. Tiga perkara penting untuk mencapai kemanisan iman:

Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari segala-galanya di dunia.

Mencintai seseorang hanya kerana Allah, bukan kerana pangkat atau kedudukan.

Tidak mahu kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan dengan hidayah, sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka.



3. Mencintai Rasulullah SAW menuntut penghormatan, ketundukan dan meneladani sunnah baginda.


4. Antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW ialah mengamalkan sunnahnya, menghidupkan ajarannya, membela sunnah daripada orang yang menolak dan menyelewengkannya, serta menolak segala bentuk bid‘ah yang menyesatkan.


5. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah menyatakan: setiap kecintaan kepada manusia mestilah dalam rangka mengikuti kecintaan kepada Allah, manakala cinta kepada Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan kepada Allah.


6. Kemanisan iman hanya dapat dirasai apabila iman dihiasi dengan ketaatan, keikhlasan, kasih sesama mukmin kerana Allah, dan kebencian terhadap kekufuran.



Firman Allah SWT:

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣١

“Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Ali ‘Imran: 31)


---

🌸 Rabiul Awal ialah bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Marilah kita memperbaharui cinta kita kepada baginda dengan mengamalkan sunnah, memperjuangkan agamanya, dan menegakkan risalah Islam.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1447H

📅 13 Rabiul Awal 1447H
📅 06 September 2025M

Thursday, 4 September 2025

KESEMPURNAAN IMAN DENGAN MENCINTAI RASUL

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

KESEMPURNAAN IMAN DENGAN MENCINTAI RASUL

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Daripada Anas RA ia berkata, Nabi SAW bersabda:
"Tidak sempurna keimanan seseorang di antara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya."
(HR Bukhari No: 15)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kesempurnaan iman menuntut kecintaan yang sempurna kepada Rasulullah SAW.


2. Seorang mukmin mesti meletakkan cinta kepada Rasulullah SAW melebihi cinta kepada ibu bapa, anak-anak dan seluruh manusia.


3. Ibn Hajar al-‘Asqalānī menegaskan dalam Fath al-Bārī bahawa cinta kepada Rasulullah SAW wajib melebihi cinta kepada semua manusia lain kerana baginda adalah sebab terbesar kita mendapat hidayah dan keselamatan.


4. Cinta kepada Rasulullah SAW juga mesti mengatasi cinta kepada diri sendiri. Hal ini ditegaskan dalam kisah Umar al-Khattab RA bersama Nabi SAW (HR Bukhari No: 6632).


5. Cinta kepada Rasulullah SAW mesti berpaksikan cinta kepada Allah. Mencintai Rasulullah adalah sebahagian daripada cinta kerana Allah.


6. Kecintaan itu mesti ditunjukkan dengan lisan, tulisan dan perbuatan – taat kepada baginda, mengamalkan sunnah, dan menjadikan baginda teladan utama dalam ibadat serta kehidupan seharian.



🌹 Selamat memperingati kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW yang kita cintai.
🌹 Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW 1447H
🌹 Selamat meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2025

12 Rabi‘ul Awwal 1447H
05 September 2025

Tuesday, 2 September 2025

RASULULLAH PENYELAMAT UMAT

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

RASULULLAH PENYELAMAT UMAT

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
إِنَّمَا مَثَلِي وَمَثَلُ أُمَّتِي كَمَثَلِ رَجُلٍ اسْتَوْقَدَ نَارًا فَجَعَلَتِ الدَّوَابُّ وَالْفَرَاشُ يَقَعْنَ فِيهِ فَأَنَا آخِذٌ بِحُجَزِكُمْ وَأَنْتُمْ تَقَحَّمُونَ فِيهِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya perumpamaan diriku dengan umatku adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Ketika itu, binatang kecil dan serangga (kelekatu) berjatuhan ke dalamnya (api). Maka aku mencegah kalian (menarik kalian agar selamat), namun kalian tetap berusaha melemparkan diri ke dalamnya (api)."
(HR Bukhari No: 6483)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW diutus untuk memberi amaran tentang azab Neraka kepada mereka yang ingkar.


2. Baginda SAW berusaha menyelamatkan manusia daripada menjadi ahli Neraka dengan menyampaikan Islam.


3. Al-Qurtubi menegaskan bahawa meninggalkan sunnah dan menurut hawa nafsu membawa kebinasaan.


4. Imam An-Nawawi menjelaskan orang jahil dan ingkar diibaratkan serangga kelekatu yang terjun ke dalam api.


5. Perumpamaan mudah difahami penting dalam dakwah agar mesej jelas dan menyentuh hati.


6. Jangan jadi seperti serangga kelekatu yang terhumban ke dalam api kerana gagal membezakan kebaikan dan keburukan.


7. Dunia penuh tipu daya; umat Islam mesti berhati-hati daripada keseronokan sementara yang membawa murka Allah.


8. Umat Islam perlu menjadi pewaris dakwah Rasulullah untuk menyelamatkan diri dan orang lain daripada Neraka.



Rabiul Awal ialah bulan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Mari kita buktikan cinta kepada Baginda dengan meneladani sunnahnya.

10 Rabiul Awal 1447H / 03 September 2025M

Monday, 1 September 2025

MENCINTAI RASULULLAH SAW

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

✨ PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

MENCINTAI RASULULLAH SAW

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ

Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian sehingga ia mencintai aku melebihi kedua orang tuanya dan anaknya.”
(HR Bukhari No: 13) Status: Hadis Sahih


---

📌 Pengajaran:

1. Rasulullah SAW memulakan dengan sumpah, menunjukkan perkara yang baginda sampaikan amat penting.


2. Syarat kesempurnaan iman ialah mencintai Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada ibu bapa dan anak.


3. Imam al-Nawawi menjelaskan iman sempurna menuntut ketaatan penuh dan mendahulukan Rasulullah SAW atas segala sesuatu.


4. Cinta kepada Rasulullah SAW mesti lebih hebat berbanding cinta kepada ibu bapa dan anak-anak.


5. Rasulullah SAW lebih layak dicintai kerana baginda menyampaikan petunjuk dan menyelamatkan umat daripada kesesatan.


6. Bukti cinta kepada Rasulullah SAW ialah dengan mentaati, mencontohi dan melaksanakan sunnah baginda.


7. Bentuk cinta kepada Nabi SAW:

Mengikuti sunnah baginda dalam akhlak, ibadah, dan cara hidup.

Mendahulukan ajaran baginda daripada hawa nafsu dan adat.

Membela sunnah Nabi SAW apabila dihina atau dipandang remeh.

Memperbanyakkan selawat sebagai tanda cinta dan penghormatan.

Merindui pertemuan dengan Rasulullah SAW di akhirat dan berdoa agar dikumpulkan bersama baginda.





---

📅 09 Rabiul Awal 1447H / 02 September 2025M

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...