Ini adalah satu anugerah dari Allah.
Kalau hidup kita tiada sahabat di sisi ..
Hidup akan jadi bosan ..
Tiada kemanisan, tertekan, resah, rasa kosong dan lain-lain.
Tapi, ramai di kalangan kita hari ni tak dapat rasai, Kemanisan Bersahabat ..
Apa itu kemanisan bersahabat?
Anda tahu, macamana Nabi mencintai Abu Bakar ?
Sehingga nabi kata, kalau aku boleh ada kekasih selain Allah, nescaya Abu Bakar adalah kekasihku !!!
Anda tahu mcmana Abu Bakar cinta nabi ?
Sehingga beliau sanggup menahan sakit di gigit kala jengking di dalam gua thur semata-mata nak halang binatang tu sengat nabi yang amat dia cintai !!!
Anda tahu tak, macamana nabi cintakan Umar ?
Sehingga nabi kata, kalaulah ada nabi selepas aku, nescaya Umarlah nabi.
Dan anda tahu macam mana Umar mencintai nabi? Sehingga umar kata, beliau lebih mencintai nabi dari keluarga dan dirinya sendiri!!
Kalau anda baca kisah nabi dan sahabat, bagaimana mereka saling cinta mencintai kerana Allah, anda akan dapat rasakan bahawa Indahnya bersahabat ..
Sahabatku ..
Kalau anda tak dapat rasai lagi nikmat bersahabat, atau, kalau anda masih tak jumpa lagi sahabat yang betul-betul memberi perubahan pada anda, maka nasihat saya:
"Carilah mereka!"
Dan, kalau anda dah jumpa sahabat yang baik, maka, peganglah mereka erat-erat!
Ingatlah pesanan imam syafie :
"Jika engkau mempunyai teman yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah, maka peganglah dia erat-erat, jangan pernah kau lepaskannya kerana mencari teman yang baik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali.”
Wallahua'lam ..
Ya Allah ..
Kurniakanlah kami sahabat yang baik .._
Yang mendekatkan diriku denganMu ya Allah.
Dan, jauhilah aku dari bersama orang-orang yang menjauhkanku dariMu ya Allah.
💞💕 اَللَّهُمَّ صَلىِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِله سيدنا مُحَمَّد💕💞
No comments:
Post a Comment