Tuesday, 7 February 2017

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Secara PERCUMA


Tiga langkah mudah untuk dapatkan Laporan CCRIS tanpa perlu ke Bank Negara Malaysia.

Untuk mereka yang jauh dengan cawangan BNM ataupun AKPK. Kalau dekat pergi je dekat kiosk BNM.

✅Langkah 1
Buka laman web : http://creditbureau.bnm.gov.my/download.html
-Download form Credit Report Request (CRR) Form [279KB, PDF]
-Print and isi borang permohonan itu.

Dokumen yang diperlukan
i. Salinan IC (jelas depan belakang)
ii. Dua Dokumen Sokongan
-Contohnya: Lesen memandu, Bil Utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit, EPF penyata KWSP (Rujuk senarai semak)

✅Langkah 2
-Borang yang telah diisi beserta dokumen sokongan boleh dihantar melalui tiga cara.

i. Email:  bnmtelelink@bnm.gov.my

ii. Pos:  BNMTELELINK, Jabatan LINK & Pejabat Wilayah, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur.

iii. Fax: No: 03-21741515.

✅Langkah 3
-Tunggu laporan CCRIS tu dalam seminggu. Semak email.
- File yang dapat tu perlukan kata laluan (password).
- Telefon pegawai BNMTELELINK di talian 1-300-88-546 pada waktu bekerja :
9.00 pagi – 5.00 petang untuk dapatkan password. Untuk pengesahan. Maklumat CCRIS ini milik individu.

Sila lah semak CCRIS korang sebelum mohon pembiayaan dengan pihak bank.

SHARE jika bermanfaat😊

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...