Dalam Surah al-Kahfi, yang sering dibaca di malam Jumaat, Allah mengingatkan kita tentang orang-orang ynag paling merugi hasil kerjanya di dunia.
قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَـٰلاً (١٠٣) ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُہُمۡ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّہُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا (١٠٤)
“Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya (amalannya)? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baiknya.” (18:103-104).
Situasi ini patut sangat dibimbangi oleh kita orang-orang yang beriman. Kita takut kita berada bersama-sama orang-orang yang disebut Allah dalam ayat di atas. Kita takut kita termasuk orang-orang yang ‘bersangka-sangka’, atau merasa kita sudah pun berbuat baik, sudahpun melakukan ‘yang terbaik’; tetapi di sisi Allh hasil kerja (amalan) kita di dunia tiada nilainya.
Na’uuzu bilLahi min zaalik!
Siapakah merreka ini, dan apakah ciri-ciri mereka ini. Mari kita semak (check) samada apakah ciri-ciri ini ada pada kita. Mari kita bemuhasabah.
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِمۡ وَلِقَآٮِٕهِۦ فَحَبِطَتۡ أَعۡمَـٰلُهُمۡ فَلَا نُقِيمُ لَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَزۡنً۬ا (١٠٥)
“Mereka itulah oorang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumaan dengan Dia; maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.” (18:105).
Golongan ini kufur (ingkar) kepada ayat-ayat Allah. Dalam konteks semasa ialah al-Quran. Mereka juga kufur terhadap perjumpaan dengan Allah pada hari akhirat kelak.
Golongan ini jelaslah golongan atau orang-orang kafir yang menolak al-Quran dan menolak adanya hari akhirat. Mereka adalah orang-orang kafir.
Sebagai umat Islam kita pastilah tidak termasuk ke dalam golongan ini, kerana kita adalah orang-orang yang beriman; beriman kepada al-Quran dan juga beriman kepada hari akhirat.
Soalnya, kita perlu sentiasa mengukur (bermuhasabah) dan bertanya kepada diri sendiri: Benarkan aku ini beriman kepada al-Quran?
Benarkan aku beriman kepada hari akhirat? Soalan-soalan ini bukan bertujuan mempersoal keimanan kita; tetapi bertujuan baik, untuk selalu ‘memeriksa diri’ untuk mengukur skala keimanan kita sendiri.
Ketika kita mengaku beriman kepada al-Quran, semak skala keimanan kita dengan bertanya diri sendiri, apakah yang aku usahakan (amalanku) terhadap al-Quran. Apakah aku membacanya?, membacanya dengan sungguh-sungguh? Apakah aku fahamnya? Apakah aku sudah melaksanakan perintah al-Quran itu? Ketika aku jahil tentang al-Quran, apakah aku belajar bersungguh-sungguh memahaminya.
Jawaban-jawaban kepada persoalan ini menjadi kayu ukur keimanan kita. Semaklah selalu…!
#fahamQuran.
No comments:
Post a Comment