Assalammualaikum.
Tahukah anda perbezaan "Taufik" dan "Hidayah"???
Pentingkah untuk kita untuk mengetahuinya??
Ya..penting kerana sebahagian dari kita hanya mendapat taufiq,tetapi tidak hidayah. Dan sebahagian yang lain, alangkah beruntung kerana memperolehi kedua-duanya. Walaubagaimanapun, ianya sentiasa perlu dipohon kerana berapa ramai yang menyudahkan kisah hidupnya dengan kesudahan yang buruk kerana telah direntap hidayah darinya.
Secara ringkas dan analoginya begini. Datang seorang musafir yang tersesat jalan kepada anda bertanyakan tentang arah mahu ke masjid berdekatan. Lalu daripada pertanyaan tersebut ,wujud dua tindakan yang berbeza seperti berikut :
Tindakan A : Anda menerangkan pandu arah jalan kepada musafir tersebut untuk sampai ke masjid seperti perlu belok ke kiri,jalan terus,keluar simpang dan sebagainya.
Tindakan B : Anda menerangkan terlebih dahulu pandu arah jalan kepada musafir tersebut untuk sampai ke masjid seperti perlu belok ke kiri,jalan terus,keluar simpang dan sebagainya kemudian berkata kepada musafir tersebut, " MARI SAYA BIMBING/BAWA TUAN KE SANA"
Tindakan A boleh dianalogikan sebagai TAUFIQ . Manakala, tindakan B boleh dianalogikan sebagai HIDAYAH.
Pernahkah kita lihat Al quran terbiar sehingga berhabuk dan menjadi
perhiasan..(Penting amalan ini kerana menjadi Pembela di Alam Kubur)
Pernahkah kita dengar ada yang berkata begitu payah untuk bangun malam menunaikan solat sunat tahajud..(penting amalan ini kerana mendapat keluasan di Alam Kubur)
Pernahkah kita terfikir mengapa orang yang rumahnya begitu jauh dari masjid dan majlis ilmu boleh hadir ,sedangkan orang yang rumahnya bersebelahan masjid tidak kelihatan...
Beranikah kita mengatakan semua amalan ini tidak penting? Tidak berani..kerana kita semua sedar kepentingannya..
Lalu mengapa ada yang tidak mengamalkannya dan ada pula yang mengamalkannya?
Jawapannya adalah yang membezakan kerana hidayah .. Begitulah betapa PENTINGNYA hidayah dalam kehidupan kita.
Bapa saudara, Nabi SAW iaitu Abu Thalib menghembuskan nafas terakhir tanpa syahadah walaupun beliau adalah orang terapat baginda. Disaat bapa saudara baginda sedang berdepan dengan sakarakh ,Nabi SAW meminta beliau melafazkan syahdah, tetapi jawapan yang baginda terima, " Aku tahu apa yang dibawa olehmu itu benar,Syurga itu benar,Neraka itu benar,akan tetapi biarkan aku mati tanpa mengucap pun..tidak mengapa" terduduk baginda mendengar jawapan balas daripada bapa saudara baginda..lalu baginda berdoa supaya Allah swt menyelamatkan bapa saudaranya. Lalu Allah swt berfirman dalam Surah Al Qasas, ayat 58:
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) TIDAK AKAN dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”.
Oleh yang demikian, tahulah kita semua bahawa hidayah itu milik Allah. Marilah kita bersama sama selalu dan sentiasa memohon hidayah dari Allah SWT seperti yang telah diajar olehNya dalam Surah Al-Imran Ayat 8:
RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZ HADAITANA WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHAB.
“YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU MEMESONGKAN HATI KAMI KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, DAN KURNIAKAN LAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU; KARENA SESUNGGUHNYA ENGKAU-LAH MAHA PEMBERI (KURNIA)”.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment