Tuesday, 7 February 2017

TERTINGGAL DI RESTORAN

Seorg anak telah membawa bapanya masuk ke sebuah restoran eksklusif untuk makan malam. Bapanya sudah tua dan kelihatan lemah. Ketika si ayah makan, beliau telah mengotorkan bajunya..seluarnya kerana makanan yang cuba disuapkan sendiri ada yang terjatuh..tidak kurang juga ada makanan yang terjatuh ke lantai..dan meleleh di pipi dan dagu..

Si anak mengerti ayahnya enggan anaknya menyuap makanan untuknya kerana seorg yang ingin melakukan sesuatu atas daya upaya sendiri selagi mampu. selesai si ayah makan, si anak menuntun ayahnya perlahan lahan  ke tempat mencuci untuk membersihkan sisa makanan yang terdapat di pipi, dagu, baju dan seluar si ayah. Si anak juga telah mengutip sisa makanan yang jatuh bertaburan di meja,kerusi dan lantai.

Pada ketika ini, semua mata pengunjung restoran tertumpu kepada gelagat si anak. Tidak kurang juga yang memandang dengan pandangan mengejek /menggelikan dan sinis..terdengar juga bisikan suara suara negatif yang menganggap sikap si anak dan si ayah memalukan.. namun begitu si anak tidak menghiraukan tanggapan pengunjung lain, sebaliknya menyisir rambut si ayah dan membetulkan kacamata si ayah yang sedikit tidak terurus akibat makan makanan pedas..selesai sahaja,si anak terus ke kaunter utk membayar bil makanan sambil semua mata pengunjung tertumpu ke arah dua beranak ini..sesudah membayar bil..

Si anak memimpin ayahnya perlahan utk keluar daripada restoran..tiba tiba seorg lelaki tua menegur dan bertanya.."encik..encik telah meninggalkan sesuatu di restoran ini" Teriakan lelaki tua ini bukan sahaja mengejutkan si anak tetapi semua pengunjung.

Si anak terpinga pinga lantas memeriksa sama ada terdapat barang nya yang tertinggal. Namun tiada, lalu si anak berkata, "tidak..tiada apa yang saya tinggalkan" akan tetapi lelaki tua itu terus menjawab dengan suara yang lantang memecah kesunyian restoran ,

"ya encik..encik telah meninggalkan sesuatu di restoran ini..pertama..encik telah meninggalkan SURI DAN TAULADAN kepada semua anak di restoran ini..kedua encik telah meninggalkan HARAPAN kepada semua ayah di restoran ini. Terima kasih.."

Semua pengunjung terdiam dan terpana dengan kata kata yang diucapkan oleh lelaki tu tersebut.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...